headertauliah

Ucapan Aluan Komandan PALAPES Universiti Utara Malaysia

ncBismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya sekali lagi Istiadat Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES yang ke-31 diadakan di Universiti Utara Malaysia. Seluruh warga Universiti Utara Malaysia amat berbangga kerana diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini.


Kami di Universiti Utara Malaysia mengalu-alukan kunjungan semua pegawai kadet dari semua IPTA ke UUM dan berharap semoga pegawai kadet berada dalam keadaan selesa dan gembira sehinggalah ke hari pentauliahan.


Sempena dengan Pentauliahan kali ini, saya mendoakan agar semua pegawai muda yang ditauliahkan ini menguatkan tekad dan iltizam untuk sama-sama mengorak langkah dalam mempertahankan kedaulatan. Dalam arus globalisasi, cabaran dari segi sosial, ekonomi, politik dan hubungan antarabangsa kepada Negara adalah lebih kompleks. Generasi muda yang mempunyai kekuatan minda, kecekalan hati, kemahiran serta keupayaan yang tinggi dapat menyokong perancangan negara dan memenuhi harapan bangsa. Saudara dan saudari adalah pemangkin pembangunan dan kebangkitan Negara.


Kelancaran istiadat pentauliahan Pegawai kadet PALAPES tidak akan berjaya tanpa sokongan semua Komandan PALAPES IPTA, pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan Malaysia dan warga Universiti Utara Malaysia sendiri.Kita amat bertuah kerana DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong iaitu Tuanku Canselor Universiti Utara Malaysia telah dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong dan yang menandatangani watikah pentau liahan pada tahun ini.


Sekali lagi, Universiti Utara Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Pegawai Kadet PALAPES.

Terima Kasih. Selamat maju jaya.

 

KOLONEL (K) Prof. Dato' Dr. Mohamed Mustafa Bin Ishak
Komandan PALAPES UUM