headertauliah

Ucapan Aluan Panglima Latihan Dan Doktrin Tentera Darat

doktrinBismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama hadir dalam Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Institusi Pengajian Tinggi Awam ke-31 pada tahun ini.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana bagi Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Institusi Pengajian Tinggi Awam ke-31 kerana telah berjaya merancang dan melaksanakan pentauliahan pada tahun ini.


Selama tiga tahun, saudara dan saudari telah dilatih dan dibimbing dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran ketenteraan demi melahirkan pegawai tentera yang berketerampilan. Semoga ilmu dan pengetahuan yang dimiliki ini akan dapat membentuk keperibadian saudara dan saudari menjadi pegawai muda yang berkualiti dan cemerlang. Dalam usaha menuju kejayaan, sikap proaktif, berdedikasi dan bertanggungjawab merupakan nilai-nilai yang diperlukan dalam membina kehidupan dan menghadapi cabaran yang mendatang. Saudara dan saudari adalah generasi muda harapan bangsa yang bakal mewarisi kepimpinan dan menerajui pembangunan negara di masa hadapan.


Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Institusi pengajian Tinggi Awam, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengajian Tinggi atas komitmen mereka bagi menjayakan istiadat pentauliahan ini. Iltizam, usaha dan kerjasama yang erat oleh semua pihak yang terlibat telah membantu PALAPES mencapai matlamat dengan jayanya.


Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Universiti Utara Malaysia atas kejayaannya menjadi penganjur Istiadat Pentauliahan pada kali ini. Ucapan terima kasih dan tahniah juga kepada Ahli Jawatankuasa Induk Pentauliahan serta semua pegawai dan kakitangan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan istiadat pentauliahan ini.


Sekian,
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


MEJAR JENERAL DATUK MAZELAN BIN KASAP
PANGLIMA LATIHAN DAN DOKTRIN TENTERA DARAT